Tuesday, April 9, 2013

KISAH NENEK YANG IKHLAS
Seorang nenek harus berjalan jauh ke pasar di kota untuk menjual bunga cempaka. Itulah kerja
hariannya.
Selepas berjualan, beliau singgah dahulu ke masjid di kota untuk bersolat zuhur.
Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, nenek itu akan terlebih dahulu membersihkan dedaunan yang
berserakan di halaman masjid. Ini dilakukannya setiap hari di bawah terik matahari. Setelah semua
dedaunan itu dibersihkan barulah beliau pulang ke desanya. Jemaah dan pengelola masjid kasihan melihat
rutinitas nenek yang demikian.
Suatu hari, pengurus masjid memutuskan untuk membersihkan dedaunan yang
berserakan di halaman masjid sebelum nenek itu datang. Fikirnya, usaha itu akan membantu
nenek tadi agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu.
Rupanya, niat baik itu telah membuat nenek tersebut menangis sedih.
Dia memohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa.
Akhirnya, pihak masjid terpaksa membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya nenek
itu tidak bersedih lagi.
Satu ketika saat ditanya oleh seorang kiyai mengapa nenek tersebut melakukan hal itu,
nenek tersebut menjawab:
“Saya ini perempuan bodoh, kiai. Saya tahu amal-amal saya yang kecil ini mungkin
juga tidak benar dijalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat tanpa syafaat
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.
“Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu sholawat kepada
Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Kelak jika saya mati, saya ingin Rasulullah
menjemput saya.


Biarlah semua dedaunan ini bersaksi bahwa saya telah membacakan selawat kepadanya.”
7
Allah SWT berfirman :
>@ِBْ D ا َ FHُ @ِّJ وَ َ Lِ Mْ@َN ا َ F@ُّO ا َ FPُQَ R Sَ TUِ V اَّ WXَ T أَُّ WT َ >ِّ ZِPَّV ا [@َN نَ َ F@ُّ]َ T ُ Lُ ^َ َ `ِW@َQ وَ َ Lَ @َّV امإِنَّ ا
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang
yang beriman bershalawat salamlah kepadanya. (QS Al-Ahzab 33: 56)
Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku kecuali Allah akan menyampaikan kepada
ruhku sehingga aku bisa menjawab salam itu. (HR Abu Dawud dari Abu Hurairah. Ada di kitab Imam
an-Nawawi, dan sanadnya shahih).

No comments: