PELENGKAP ZIKR
Selawat adalah kalimat cinta dan pujian yang ditujukan kepada
Nabi Muhammad saw, manusia unggul yang diberikan gelar
Kekasih Allah. Baginda merupakan makhluk paling mulia
(afdhalul makhluqat) dan rahmat seluruh alam (rahmatan lil
‘alamin) sehingga Allah swt dan para malaikatNya berselawat ke
atas baginda. Quran menjelaskan bahawa Allah swt
memerintahkan orang beriman agar berselawat kepada baginda.
Perintah selawat ini besar sekali ertinya. Solat merupakan
penegak atau pendiri agama. Solat ialah hubungan tegak atau
vertikal manusia dengan Penciptanya. Bahkan dalam solat, salah
satu daripada lima rukun (perkara yang diwajibkan dan tidak sah
solat tanpanya) ialah dengan berselawat pada bahagian tasyahhud
sebelum salam pertama.
Pada hari kiamat, manusia meminta bantuan para rasul agar
meminta Allah swt melaksanakan perhitungan atau perkiraan,
Hisab. Selepas Nabi Adam dan satu persatu nabi yang menolak
untuk berbuat demikian, maka sampailah giliran manusia
meminta Nabi Muhammad saw. Ternyata penutup nabi inilah
yang berjaya diperkenankan oleh Allah swt. Bantuan tadi
dipanggil syafa’at.
Nabi Muhammad adalah ‘pembantu’ kepada umatnya. Oleh
itu, selawat merupakan bantuan untuk menjadikan zikr lebih
berkesan. Tegasnya, zikr dan selawat seiringan. Menyebut nama
Muhammad dengan penuh hormat dan cinta kepadanya sudah
merupakan sebahagian daripada selawat.
Kalimat zikir tertinggi ialah La Ilaha Illallah dan dilengkapkan
dengan Muhammad-ur-Rasullah .
Terdapat pelbagai selawat dari yang mudah sehingga kepada
yang berupa doa panjang. Sesungguhnya pada selawat, terdapat
kesan penawar atau penyembuh yang membantu manusia dalam
dalam proses atau kembara mengenali Penciptanya.
Kandungan
No comments:
Post a Comment