ULAMA SU' DALAM KEILMUAN
Pertama: Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya
sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan
mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah dan
negeri akhirat. Maka orang ini termasuk di dalam golongan
orang yang beruntung.
Kedua : Orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan ke-
untungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan,
pangkat dan harta benda, sedangkan dia sendiri menyadari hal
ini dan merasakan di dalam hatinya akan kejahatan keadaan
yang sedang dialaminya dan kehinaan maksudnya. Maka orang
ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya. Jikalau dia
mati sebelum sempat bertaubat, maka dibimbangi ia akan mati
dalam keadaan "su-ul khatimah" kemudian urusannya terse-
rahlah kepada kehendak Allah ( jikalau mau dimaafkan atau disiksa). Tetapi kalau dia mendapat taufik sebelum matinya lalu
dia bertaubat dan sempat mengamalkan ilmu yang telah dituntutnya dan sempat pula membuat pembetulan terhadap apa yang
tercedera dan khilaf. Maka bolehlah dia dikumpulkannya
bersama golongan yang beruntung, karena orang yang bertaubat
daripada dosanya sama seperti orang yang tidak berdosa.
Ketiga : Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia
menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat untuk
menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan ke-
dudukkan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia
menggunakan ilmu yang dituntut itu untuk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia. Walaupun
demikian, dia masih terpedaya lagi dengan sangkaannya bahawa
dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah kerana dia
masih lagi pada zahirnya menyerupai para ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama,
pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan rakus
dalam menghimpun kekayaan dunia. Orang yang seperti ini termasuk dalam golongan orang yang binasa, jahil dan tertipu
dengan syaitan dan sangat tipis harapan untuk ia bertaubat
kepada Allah kerana dia telah menyangka bhawa dirinya ter-
masuk di dalam golongan orang yang baik, pada hal ia telah lupa
akan firman Allah Taala :
Maksudnya : 'Wahai orang yang beriman, kenapa kamu memperkatakan barang yang tidak kamu amalkan ?"
(Surah As Shad ayat 2)
Dan orang ini sebenarnya termasuk dalam golongan yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A. W. dalam sabdanya :
Artinya : "Selain daripada Dajjal ada satu perkara yang sangat aku bimbangkan lebih daripada Dajjal ? . Lalu ada orang yang
bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah ? Nabi SA.W. menjawab :
Mereka ialah Ulama Su' yakni ulama yang jahat."
Sumber Bidayatul Hidayah Imam Ghozali.
No comments:
Post a Comment