TESTIMONI DARI SAUDARA KITA DARI MALAYSIA
Assalamualaikum buat bapak Baen dan tidak lupa juga kepada para pembaca,ahli komunitas dna3jendral serta peminat dan pecinta khazanah-khazanah ilmu warisan.Saya dengan rasa rendah hati terlebih dahulu ingin meminta izin kepada bapak Baen untuk menulis satu testimoni berkaitan kaji-kaji dan ilmu yang telah saya belajar dari bapak.Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf seandainya penulisan saya ini agak panjang,terlanggar adabnya,dan mungkin tanpa saya sedar terguris pula perasaan sahabat-sahabat yang membacanya.Jadi saya cuba menulisnya dengan berhati-hati manalah tahu kita semua dapat mengambil faedah,meluaskan wawasan,sudut pandang daripadanya walaupun sedikit.
Hampir satu tahun lebih saya mengambil kaji dari bapak dan pada setiap bulan saya akan mengambil 2-3 kaji dan ilmu daripada beliau lewat jalur peribadi(telefon).Untuk menceritakan setiap satu kaji itu terlalu panjang dan mungkin akan membuatkan pembaca kepenatan.Maka saya fikir adalah lebih baik sekiranya saya menulis testimoni mengenai bahagian paling penting / keyword dalam kaji-kaji tersebut dan resultnya.Mungkin testimoni kaji-kaji akan saya tuliskan berasingan nanti apabila ada masa yang luang.
*1.Mengelakkan kerancuan(Bercampur aduk)*
Dari pengalaman yang saya alami sendiri, pertama sekali,setiap kaji itu tidak di campur adukkan kerana ini akan menyebabkan sesuatu ilmu menjadi itu rancu.Misalnya kaji Bismillah dan kaji diri.Kedua-dua kaji tersebut tidak boleh dicampur adukkan.Kaji Bismillah satu,kaji diri satu.Bagi saya inilah disiplin ilmu.Sepertimana tubuh kita,walaupun semuanya bekerja sebagai satu komponen,tetapi setiap satu anggota dan organ itu,ada fungsinya masing-masing.Jantung ada fungsi dan bidangnya sendiri.Begitu juga dengan mata dan lain-lain.Setelah di fahami jalur,kegunaan,had sempadan dan tugasnya satu persatu,maka apabila di himpunkan semua kemudian sudah tidak menjadi masalah lagi kerana semuanya menyambung.
*2.Sudut pandang*
Sudut pandang yang saya dapat dari bapak Baen inilah yang banyak mengubah bagaimana pola fikir dan cara kefahaman saya dalam memahami satu-satu kaji ini.Inilah yang paling mahal dan tidak ternilai.Semakin mengambil kaji,pola sudut pandang saya semakin bertambah luas dan cara berfikir juga turut berubah.Bagaimana pola berfikir dan sudut pandang kita itu terhasil dari pengalaman,latar belakang,keluarga dan sekeliling kita.Kita tidak sedari itu kerana ia telah sebati dan menjadi kebiasaan maka bagi kita itulah kebenarannya.Maka kadang-kadang banyak perkara yang kita terlepas pandang dan oleh kerana kita tidak mempunyai satu sudut pandang dan cara berfikir yang sesuai dalam melihat kaji ilmu tersebut.Seperti ada sesuatu yang kurang tapi kita tidak tahu apa puncanya,di mana perlu kita menambah baik.Jadi kita perlukan 'cermin tambahan'untuk melihat sudut-sudut atau sisi-sisi yang tidak jelas atau tersembunyi.Dan 'cermin' tersebut perlu pula di letakkan pada tempat yang sesuai dan tepat agar imejnya menjadi jelas.Cermin itulah perumpamaan bagi sudut pandang dan cara berfikir.Alhamdulillah bapak Baen mempunyai sudut pandang yang sangat banyak dan sangat tinggi pula adabnya dalam menghuraikan satu-satu ilmu atau kaji.Maka di pihak saya juga mestilah menjaga adab dalam mengambil ilmu dan kaji.Melalui hanya dengan membaca tulisan sahaja sangatlah tidak cukup dan terbatas untuk dijelaskan apalagi tentang perkara seni dan halus yang sangat sulit untuk difahami.Maka saya sangat mengerti apabila bapak Baen kadang-kadang tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan tentang ilmu dan kaji kerana ia sangat susah untuk dituliskan.Apalagi bapak Baen sangat berhati-hati dalam menyampaikan ilmu.Takut-takut kita salah memahami makna dan maksud sebenar tulisan tersebut.Jadi pada pandangan saya,sekiranya dalam hati kita betul-betul ikhlas dan sangat memerlukan ilmu atau kaji tersebut,maka hubungilah beliau lewat jalur peribadi.Insya Allah dari pengalaman saya sendiri bapak Baen ramah,tidak kedekut ilmu,tapi menjaga adab dan amanah ilmu yang diwariskan padanya.Beliau tidak mahu gara-gara tidak menjaga adab,maka kita kehilangan segala-galanya.
Mungkin cukup disini dahulu tulisan testimoni saya berkenaan kaji-kaji yang saya tadah dari bapak Baen.Sebenarnya untuk ditulis itu terlalu panjang dan takut juga semakin panjang ditulis,semakin banyak pula salahnya.Apalagi faedah-faedah yang saya alami dari kaji-kaji tersebut tersangatlah banyak.Saya ingin membantu para pembaca dengan memberi khabar bahawa sebenarnya bapak Baen mempunyai banyak khazanah kaji-kaji serta ilmu dan tidak pula semuanya ditulis di media sosial kerana terlalu banyak ditambah lagi dengan masa bapak yang agak kesibukan sehari-hari.Saya sendiri peribadi akan bertanya pada bapak sekiranya bapak mempunyai kaji sekian-sekian.Maka sekiranya ada pembaca yang berhajat,silakah hubungi beliau lewat telefon/jalur peribadi kerana lain orang lain hajatnya.Apalagi dengan adab menuntut ilmu itu lebih manis dan comel.Sepanjang saya mengambil kaji dengan beliau,beliau akan cuba semampunya untuk membantu kita dalam memahami ataupun apa-apa yang kita hajatkan itu.Mohon maaf sekali lagi sekiranya tanpa saya sedar ada perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang telah menyebabkan pembaca terguris hati sepanjang membaca penulisan saya.Tidak ada niat saya untuk kelihata lebih atas dan lebih baik dari para pembaca.Mohon maaf sekali lagi atas kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.Assalamualaikum.